Resipi

RESIPI MEE GORENG



Bahan bahan:

1 pek mee kuning CAP BONDA
Ayam atau daging - potong kecil
4 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sayur sawi
Garam
Kicap
Sos tomato
Sos cili

Bahan Hiasan
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Limau nipis - hiris


Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Masukkan ayam atau daging. Masukkan sedikit air dan goreng lagi hingga masak.

Bila ayam masak, masukkan garam, sos tomato, sos cili. Jika mahu masukkan buah tomato yang dipotong 4, boleh juga dimasukkan masa ini. Kacau rata dan biar agak berkuah pada masa ini. Kuah ini yang akan menyerap dan melembutkan mee nanti.

Masukkan mee kuning ke dalam kuali dan tuangkan sedikit kicap dan sayur sawi. Pada masa ini bolehlah ditambahkan lagi sos tomato. Masak sehingga kuah menjadi kering dan mee pun lembut dan bersalut dengan perencah.

Boleh lah diangkat apabila sayur sudah layu. Masa dihidang, taburkan cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Akhir sekali sebelum dimakan, perah sedikit air asam limau nipis.

No comments:

Post a Comment